Pemain Melaka United Sudah Dua Bulan Gaji Tertunggak
Dunia
Melaka United Football Club
Advertisements

Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mengesahkan bahawa sudah menerima laporan mengenai isu tunggakan gaji yang membelenggu pasukan Liga Super, Melaka United.

Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail berkata tunggakan gaji tersebut melibatkan dua bulan tunggakan untuk gaji bulan Jun dan Julai. Selain itu, sebahagian bayaran untuk bulan Januari juga turut tertunggak.

Bagi pihak PFAM, mereka telah mengeluarkan notis buat Melaka United serta membuat aduan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui Badan Penyelesaian Pertikaian Nasional (NDRC).

Advertisements

“Kita mengharapkan FAM dapat memberi tarikh dengan cepat untuk kita mendengar dan selesaikan masalah ini. 

“Dan saya berharap semua pemain di Malaysia sekiranya terdapat masalah berkaitan gaji, sila tampil ke depan, datang kepada PFAM untuk kita ambil tindakan seterusnya,” katanya kepada Bernama.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama pasukan Melaka United mengalami isu tunggakan gaji. Ini kerana isu tunggakan gaji telah berlaku kepada pasukan ini beberapa musim kebelakangan ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram