‘Pemain Membisu’, Kenali Pengadil Paling ‘Katang’ Di Dunia, Anderson Daronco
Blog
SPORTbible
Advertisements

Dengan mempunyai badang yang tegap, menyebabkan pengadil ini digelar dengan pengadil paling kuat di dunia. Anderson Daronco dari Brazil telah mengejutkan peminat-peminat bola sepak seluruh dunia dengan fizikal yang luar biasa sebagai seorang pengadil.

Pengadil berusia 41 tahun ini dikhabarkan mengahabiskan banyak masa di gimnasium apabila tidak mengendalikan sebarang perlawanan bola sepak. Foto Daronco telah tular di media sosial yang menimbulkan tanda tanya netizen, adakah wujud pengadil sebegini di dalam dunia?

Pastinya kalian juga takut nak ‘cari pasal’ dengan beliau. Betul tak?

Advertisements

Sedangkan pemain Brazil, Hulk yang dikenali sebagai pemain paling ‘kuat’ di dunia juga dilihat tunduk dan akur dengan segala keputusan Daronco.

Melalui satu kajian, Daronco telah disahkan memiliki 44 cm bisep, berketinggian 188 cm dan mempunyai berat 90 kg. Walaupun mempunyai fizikal yang ‘padu’ sebegini, namun Daronco menganggap ianya tidak penting kerana apa yang penting adalah penghormatan daripada pemain-pemain dalam perlawanan yang diadili.

Ayuh kita lihat video perlawanan yang melibatkan Anderson Daronco:

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram