“Pemain Muda Ni Kadang Dia Hanyut” – Safee Sali
Dunia
pfamalaysia
Advertisements

Bekas penyerang sensasi negara, Safee Sali memberikan sedikit nasihat buat para pemain muda bola sepak di Malaysia.

Pemain berusia 38 tahun itu mengakui bahawa pemain muda ini mudah dibuai keseronokan kerana mereka dalam fasa untuk mengenal ‘dunia’.

Tambah Safee, beliau merasakan perkara ini adalah satu tanggungjawabnya untuk memberi sokongan dan dorongan buat pemain muda untuk terus berada di landasan terbaik dalam karier mereka.

Advertisements

“Pemain muda ni kadang dia hanyut, dia dalam proses untuk mengenali kehidupan macam ni.

“Kita dah lalui semuanya, kitalah yang kadang perlu tolong tegur atau nasihat.

Safee dalam pada itu turut menyatakan bahawa beliau sentiasa akan tegur atau ‘sound’ serta merta kepada pemain yang hanyut dalam keseronokan.

Advertisements

“Selain masalah pernah ‘cinggey’ ada masalah lain juga yang dihadapi oleh mereka.

“Oleh itu, saya cakap kepada pemain untuk fikir keluarga, pasukan, kau sebagai pemain bola sepak, panjang lagi karier.

“Jangan fikir keseronokan buat masa sekarang, yang dihadapan masih lagi panjang,” kata Safee Sali dalam sesi temubual bersama Buletinfm di Instagram.

Advertisements

Beliau yang kini selangkah lagi untuk mencipta sejarah sebagai pemain pertama menjulang Piala AFC buat kali kedua.

Penyerang berpengalaman ini akan bersama KL City di pentas akhir Piala AFC menentang Al Seeb Club pada sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram