fbpx

Pemain Muda Selangor ‘Tabik Spring’ Pada Amri Yahyah

Reuters

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Walaupun usia yang sudah menjangkau 40 tahun, ianya bukanlah satu tembok yang menjadi halangan lagenda bola sepak Malaysia, Amri Yahyah untuk terus mempamerkan aksi berkualiti bersama pasukan yang diwakilinya, Sabah FC.

Pada musim ini, Amri mengejutkan ramai pihak apabila beliau diturunkan dalam kesemua 22 perlawanan yang melibatkan pasukan Sabah FC dan beliau juga berhasil mencipta 4 gol untuk pasukannya.

Jadi tidak pelik jika pemain-pemain muda Selangor memandang tinggi kemampuan yang dimiliki Amri Yahyah.

Wartawan Astro Arena ada bertanyakan soalan kepada Amri Yahyah, apa rahsia beliau dipandang tinggi oleh pemain muda Selangor.

“Saya boleh ikut apa yang mereka buat, saya tidak terlalu ego, tiada batas satu sama lain dan saya boleh ‘masuk’ dengan apa yang mereka buat walaupun mereka ejek saya, saya tak kisah sebab kami macam satu keluarga sebab hari-hari akan jumpa.

Selain memuji peningkatan pemain-pemain muda Selangor, beliau juga menegaskan walaupun turun menentang bekas pasukannya seperti Selangor dan JDT, beliau akan bermain demi lencana di dada.

“Perasaan ‘special’ itu mesti ada (menentang bekas pasukan) sebab pasukan-pasukan ini yang menaikkan nama saya dari saya muda sehingga menempa kejayaan dan saya tak lupa pasukan-pasukan ini. Walaupun bersaing dengan mereka, saya akan bermain demi lencana di dada,” jelas Amri kepada Astro Arena.

Ternyata kesungguhan Amri Yahyah perlu dijadikan contoh kepada pemain-pemain muda untuk mengekalkan dan meningkatkan prestasi. Pada umur 40 tahun dan bermain di posisi menyerang ternyata tidak ramai pemain yang mampu lakukannya.