Pemain Dan Pegawai Kelantan FC Curi Tumpuan, Tiba Di Kuching Dengan ‘Ramadan Style’
Dunia
trw kelantan fc
Advertisements

Menjelang pertemuan Liga Premier bertemu Kuching FC esok, pemain dan pegawai pasukan Kelantan FC diberitakan sudah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 2.00 petang tadi dan terus bergerak ke tempat penginapan.

Namun sesuatu yang agak unik apabila barisan pemain dan pegawai pasukan sepakat memperagakan kurta edisi khas The Red Warriors yang kini berada di pasaran bersempena di bulan Ramadan.

Tiada satu pun yang ketinggalan dalam pemakaian kurta tersebut termasuk barisan pemain import pasukan seperti Kervens Belfort, Fadel Antar dan Nixon Guylherme.

Advertisements

Para penyokong Kelantan FC diihat sangat teruja melihat penampilan ‘luar biasa’ pemain-pemain kesayangan mereka ini. Malah seorang penyokong menamakan penampilan ini sebagai ‘Ramadan Style’ yang dilihat lebih islamik sempena bulan Ramadan ini.

Pasukan Kelantan FC bakal bertemu Kuching FC esok dalam aksi ke-4 Liga Premier. Kelantan FC kini berjaya mencatat tiga kemenangan dalam tiga perlawanan. Lebih manis lagi, mereka hanya dibolosi satu gol sahaja dalam tiga perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram