“Pemain Perlu Lihat Diri Sendiri” – Tengku Amir Shah
Dunia
Youtube: Selangor FC
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan bahawa tiada perancangan untuk merehatkan barisan kejurulatihan ketika ini. 

Tengku Amir Shah masih mempercayai kemampuan setiap pemain dan juga barisan kejurulatihan untuk terus komited menerapkan DNA Jerman.

RMS dalam pada itu mengakui bahawa pasukan Selangor kini masih dalam proses untuk membentuk sebuah pasukan yang kuat dan berkualiti. 

Advertisements

Oleh itu, Baginda mohon agar setiap pemain kenali kelemahan sendiri dan memperbaikinya untuk meningkatkan kualiti permainan.  

“Perjalanan Selangor FC masih jauh. Kami akan sampai ke tahap yang diinginkan dan sedang melakukan progres itu. Saya masih mempercayai semua pemain dan juga barisan kejurulatihan. Mereka perlu bekerja lebih keras dan kita akan lihat hasilnya.

“Apa yang perlu diperbaiki adalah diri mereka sendiri. Para pemain perlu melihat kepada diri sendiri untuk lebih percaya kepada keupayaan mereka dan seterusnya lebih percaya kepada teman sepasukan,” Kata RMS dipetik daripada Flash Sukan

Advertisements

Baru-baru ini pasukan Selangor tewas kepada Terengganu menerusi sepakan penalti selepas terikat satu sama bagi aksi separuh akhir Piala FA. 

Tengku Amir Shah berpendapat bahawa pasukan Selangor kurang persiapan bagi sepakan penalti ditambah dengan faktor tekanan yang tinggi beraksi di tempat lawan. 

“Saya lihat kami kurang bersedia untuk mengambil penalti. Zaman ini penalti bukanlah seperti dahulu. Ianya lebih sukar dengan penjaga gol yang mempunyai refleks pantas. Tekanan mental ketika berhadapan puluhan ribu penyokong lawan telah menjejaskan pemain kita dan kita kurang bernasib baik,” jelasnya.

Advertisements

Dalam pada itu, RMS mahu mengucapkan setinggi penghargaan kepada penyokong Selangor yang sentiasa memberikan sokongan dan mohon penyokong bersabar kerana Selangor masih dalam fasa perubahan. 

“Terima kasih kepada semua penyokong yang memberikan sokonhan. Saya ada lihat semua komen anda dan semua mahukan perubahan dan progres. Saya boleh pastikan setakat ini kami sememangnya melakukan progres.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram