Dunia
MFL
Advertisements

Baru-baru ini, pihak pengurusan Sarawak United FC mengumumkan bahawa sudah menyelesaikan segala tunggakan gaji yang melibatkan pemain dan pegawai dengan jayanya.

Perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada Penaung Diraja Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), DYAM Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Namun disebalik kenyataan rasmi penyelesaian tunggakan gaji dari pengurusan Sarawak United itu, ada isu lain yang timbul iaitu mengenai jumlah bayaran tunggakan yang diterima para pemain.

Advertisements

Pemain Sarawak United, Raja Imran Shah baru-baru ini ada memuatnaik satu persoalan di Instagram Story di laman instagram miliknya. Beliau mempersoalkan mengenai jumlah bayaran yang tidak penuh yang dibuat oleh majikannya itu.

raja imran shah Pemain Sarawak United Persoalkan Semula Bayaran Gaji

Jadi di sini telah timbul satu persoalan. Adakah tunggakan gaji masih membelenggu skuad Sarawak United? Segalanya masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Ini bukanlah kali pertama pasukan Sarawak United menghadapi masalah tunggakan gaji kerana pasukan itu turut menghadapi masalah yang sama pada musim lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram