Pemain Selangor Pantas Tenangkan Emosi Penjaga Gol Kelantan
Liga Super
Astro Arena
Advertisements

Susulan kekalahan besar terbaru Kelantan 11-2 di tangan Selangor malam ini, pemain-pemain pelawat pantas menenangkan emosi penjaga gol tuan rumah, Irfan Haikal Mohd Iffendi.

Irfan Haikal tidak dapat mengawal emosi selepas wisel penamat ditiup pengadil Muhammad Nazmi Nasaruddin. Ini selepas penjaga gol muda The Red Warriors itu menyaksikan gawangnya dibolosi 11 kali termasuk dua hatrik yang dicipta Ayron del Valle dan Richmond Boakye.

Sebaik wisel penamat ditiup, ramai pemain Kelantan terbaring di atas padang kerana kecewa dibolosi lagi dengan jumlah jaringan yang besar. Lantas, pemain-pemain Selangor menghampiri mereka dan memberi kata-kata semangat kepada pemain-pemain muda skuad Kijang.

Advertisements

Sebaik menyedari Irfan terbaring sambil menangis, sekumpulan pemain Merah Kuning diketuai Faisal Halim segera menghampirinya dan menenangkan emosinya yang bergejolak.

Faisal kemudiannya membantu Irfan untuk bangun sebelum bekas pemain sayap Terengganu FC itu memeluk dan memberi kata-kata semangat kepadanya.

Advertisements

Perkara sama turut dilakukan oleh beberapa rakan sepasukannya yang lain termasuk kapten, Brendan Gan.

Brendan yang pernah beraksi untuk skuad Kijang selama beberapa musim memujuk Irfan dan memberi kata-kata semangat kepadanya sebelum mereka kembali ke bilik persalinan.

Advertisements

Apa yang dilakukan pemain-pemain The Red Giants ini sama seperti yang dilakukan pemain-pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) seminggu lalu. Minggu lepas menyaksikan Kelantan dibelasah 10-0 dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik Piala Malaysia.

Selepas tamat perlawanan, barisan pemain tuan rumah diketuai Bergson da Silva segera menghampiri mereka dan menenangkan emosi pemain Kelantan ketika itu.

Advertisements

Dengan tiga kekalahan dan dibolosi 29 gol, ini bukan sesuatu yang mudah buat jurulatih The Red Warriors, Angel Alfredo Vera untuk membina semula moral anak-anak buahnya.

Begitupun, dengan kalendar antarabangsa FIFA yang berlangsung pada September ini, tempoh tersebut diharap dapat membantu Vera membina semula moral pemain yang terjejas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram