Pemain Terkaya Di Dunia, Faiq Bolkiah Sertai Chonburi FC
Dunia
chonburifootballclub
Advertisements

Pemain bola sepak terkaya di dunia, Faiq Bolkiah sah menyertai pasukan gergasi dari Thailand, Chonburi FC setelah menamatkan kontraknya bersama kelab Portugal Maritimo tanpa sebarang penampilan bersama skuad utama kelab tersebut.

Sebelum ini, Faiq menjadi perhatian orang ramai apabila telah ditandatangani oleh akademi Southampton dan menyertai Arsenal serta Chelsea sebelum diikat tiga tahun oleh pasukan Leicester City.

Faiq akan diberikan jersi bernombor 11 dan akan mula beraksi bersama Chonburi pada saingan Thai League 1 yang akan memasuki separuh masa kedua pada Januari nanti.

Advertisements

Mengulas lanjut, pengurus chonburi FC, Sasom Pobprasert, berpendapat bahawa Faiq mempunyai kualiti yang dimahukan ditambah dengan pengalaman beraksi di pentas Eropah antara sebab beliau memilih Faiq untuk menjadi penyerang utama mereka.

Difahamkan, Faiq meminta pihak pengurusan pasukan untuk tidak memberikan layanan istimewa walaupun sudah maklum bahawa beliau merupakan pemain paling kaya di dunia.

“Pertama sekali kami dapat merasakan bahawa dia profesional. Dia tidak mahu sebarang keistimewaan.

Advertisements

“Saya percaya dia akan menjadi pilihan yang baik untuk kami menyerang kerana dia mempunyai kemahiran dan kebolehan yang hebat, termasuk mempunyai pengalaman juga bermain di England,” kata pengurus Chonburi FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram