Pemain Ternama Dunia Minat Beli Saham JDT
Dunia
Advertisements

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyasarkan nilai kelab berkenaan akan mencecah RM 1 billion dalam tempoh dua tahun.

Tunku Ismail berkata, misi utama JDT adalah memastikan nilai kelab berkenaan akan mencecah RM1 billion dalam usaha mengumpul semua aset milik kelab yang melibatkan stadium dan fasiliti.

Katanya, empat syarikat audit terbesar dunia akan membuat penilaian terhadap nilai kelab JDT yang merangkumi apa jua aset dan nilai komersil.

Advertisements

“Sasaran kami adalah diberi pengiktirafan dengan kelab ini bernilai RM1 billion dan kalau boleh lebih. Itu perancangan besar saya untuk pastikan JDT sentiasa berada dalam kelas tersendiri.

“Kami juga sedang dalam perbincangan bersama pemegang saham baharu dan antaranya bekas pemain antarabangsa Itali, Marco Materazzi.

“Malah beberapa bekas pemain antarabangsa bertaraf dunia juga menyatakan minat untuk membeli saham kelab JDT dan ketika ini saya memegang majoriti saham iaitu 70 peratus hingga 80 peratus dan akan memberi 20 peratus hingga 30 peratus saham kepada sahabat dan rakan penaja,” katanya pada sidang media di ibu pejabat kelab itu.

Advertisements

Melalui segala usaha pembinaan fasiliti JDT ini akan merancakkan lagi misi RM1 Billion JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram