Pemain Vietnam Berang Tak Dapat Makan Babi, Boleh Jadi Lemah Longlai
Asia Tenggara
BongDaPlus.vn
Advertisements

Pasukan kebangsaan Vietnam kini menghadapi saat-saat sukar dalam kehidupan mereka apabila dilaporkan hanya diberikan makan ayam dan ikan.

Media di Vietnam menganggap ianya sebagai makanan yang teruk dan pemain mula menjadi gundah gelana.

Semasa sesi sidang media Piala AFF 2020, Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang Seo berkongsi hal ini dan ianya adalah kesukaran hakiki yang benar-benar terjadi kepada para pemain.

Advertisements

“Pagi ini saya berborak dengan pemain dan mereka jelas mengalami kesukaran untuk berjalan. Secara psikologinya ia berkaitan makanan.”

“Mereka makan dan minum benda yang sama dengan 4 pasukan lain. Pemain Vietnam suka makan babi tetapi pasukan lain tidak boleh makan kerana faktor agama. Sejak 3 hari lalu pemain hanya makan ayam dan ikan.” jelas Park kepada BongDaPlus.

“Saya berpendapat mereka (penganjur) perlu lebih fleksibel akan perkara ini.”

Advertisements

Vietnam selaku juara bertahan akan bertemu Laos dalam perlawanan pembukaan esok (Isnin) jam 8.30 malam dan akan berhadapan Malaysia pada 12 Disember 2021 dalam perlawanan ke-2 kumpulan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram