Pemain Warisan Malaysia Dapat Peluang Kedua Di England
MakanBola
Richard Chin

Pemain warisan Malaysia, Richard Chin memperoleh peluang baharu untuk terus merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukannya, Charlton Athletic.

Bintang muda berusia 20 tahun itu dipinjamkan ke Dartford pada musim lalu untuk mendapatkan lebih banyak minit bermain.

Beliau telah pun pulang ke pangkuan kelabnya namun bergelut untuk mendapatkan peluang untuk beraksi di bawah kendalian Dean Holden.

Prestasi terumbang-ambing Charlton menyebabkan Holden telah pun melepaskan jawatannya ketika pasukan berada di tangga ke-18.

Charlton kini seakan hidup semula selepas mencatatkan kemenangan kedua dalam liga menewaskan Fleetwood dengan keputusan 2-1.

Ketika di bawah kendalian Holden, Richard Chin hanya diturunkan dalam satu perlawanan sahaja ketika tewas kepada Newport FC.

Pemecatan Holden membuak satu ruang baharu buat beliau untuk kembali merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Pertahahan versatil ini pernah menyatakan kesediaan untuk beraksi buat Harimau Malaya sekiranya diberikan peluang suatu hari nanti.