Richard Chin Bersungguh-Sungguh Mahu Wakili Malaysia Berbanding England
Harimau Malaya
Charlton Athletic FC
Advertisements

Pemain warisan negara, Richard Chin menyatakan hasrat untuk mewakili Malaysia berbanding gergasi dunia bola sepak, England.

Menerusi satu temubual bersama Astro Arena, pemain muda berusia 22 tahun itu kini berada di Malaysia bagi menyelesaikan urusan dokumentasi bagi membolehkannya mewakili Harimau Malaya.

Katanya, beliau melihat peluang dan kemampuan bola sepak Malaysia untuk terus berkembang selain sudah pun jatuh cinta dengan negara ini.

Advertisements

Beliau akhirnya tidak berfikir panjang untuk terus memilih Malaysia sekaligus memungkinkan beliau layak dibawa ke Piala Asia pada awal tahun hadapan.

“Saya selalu berfikir tentangnha namun sejak saya kecil saya hanya memikirkan yang terbaik buat perjalanan bola sepak saya jadi ia membawa saya untuk memilih satu langkah ke sini,” jelasnya kepada Astro Arena.

Beliau juga mensasarkan untuk kembali merebut tempat dalam kesebelasan utama Charlton Athletic tatkala beliau kini dalam tempoh pinjaman untuk mendapatkan lebih banyak minit bermain.

Advertisements

Pemain yang memiliki kelebihan untuk beraksi pada beberapa posisi ini mengakui ia menjadi aset terbesar buatnya yang selesa diletakkan pada mana-mana peranan di bahagian kiri padang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram