Pembelian Perak FC, JR & IMC Dimiliki Individu Yang Sama?
Dunia
Perak FC 2022
Advertisements

Permasalahan penyerahan saham Perak FC kepada syarikat baru belum capai sebarang nokhtah setelah pengumuman pemilik baru masih belum dapat dilakukan pihak Impact Media & Communications (IMC).

IMC sebelum ini mengambil alih 100% saham Perak FC namun berhadapan detik sukar melibatkan kewangan lantas bertindak menawarkan Perak FC kepada pemilik baru.

Perbincangan demi perbincangan dilakukan dan ianya turut dikemas kini oleh pihak IMC kepada media.

Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Muhammad Yunus Zakariah berkata, pihaknya belum menerima sebarang dokumen berkaitan dari pihak JR Resources untuk diserahkan kepada badan pentadbir Liga Malaysia, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

“Untuk makluman, JR Resources ini sebenarnya hanya merupakan syarikat tujuan khas (SPV), namun apa yang penting adalah individu-individu yang ada di belakang mereka.

“Semalam (Isnin), kami telah adakan perbincangan dengan wakil JR Resources dan kami sudah pun membincangkan terma-terma serta syarat-syarat bagi melengkapkan proses penyerahan kelab.

Advertisements

Walaupun kelihatan perbincangan sedang rancak dilakukan, terdapat desas-desus IMC dan JR Resources dimiliki individu yang sama seperti yang didakwa pemilik FC Setia Alam, Shazwan Wong.

“27 haribulan insyaAllah.. Baru dapat laporan belum sah, di belakang JR adalah orang yang sama bawa IMC,” jelas Shazwan di Twitter.

Jika perkara ini benar maka ianya bakal menimbulkan tanda tanya mengapa Perak FC dijual kepada orang yang sama dan memungkin Perak FC kekal bergelut keluar dari permasalahan semasa.

Advertisements

Walaubagaimanapun kesahihan dakwaan ini belum dapat dibuktikan kebenarannya. Sementara itu tinjauan yang dilakukan di media sosial, penyokong Perak ingin Perak FC diserahkan segera kepada pemilik baru dan ingin permasalahan semasa selesai demi menjaga kebajikan para pemain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram