Pemilik Baharu Kedah Yakin Aura Penyokong Mampu Jelmakan Kemenangan
Dunia
Kedahdarulamanfc
Advertisements

Pemilik baharu Kedah Darul Aman FC Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar yakin aura penyokong Kedah mampu jelmakan kemenangan di laman sendiri dalam aksi Liga Super menentang Selangor FC di Stadium Darul Aman malam ini.

Beliau yang juga penaung KDA FC menjelaskan bahawa sokongan dan semangat dari semua penyokong sangat diperlukan kerana Kedah mahu yang beraksi dengan cemerlang dan akan menebusnya dengan kemenangan.

Kedah yang sebelum ini semestinya tidak dapat melupakan kenangan pahit setelah ditewaskan lawan sama dengan keputusan 4-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). 

Advertisements

Jadi inilah peluang yang terbaik untuk mereka membalas semula kekalahan dengan kemenangan di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri.

“Saya ingin mengajak semua untuk datang ramai-ramai ke Stadium Darul Aman pada 14 September 2022 bagi memberi sokongan tak berbelah bahagi kepada pasukan kita yang masih bertarung dengan segala kesungguhan dan kecekalan minda serta fizikal bagi menjahit siri kemenangan yang berterusan sehingga ke akhir musim Liga Super 2022,” jelasnya.

“Kedatangan anda semua amat bermakna kepada kami semua dan kami yakin suara anda di Stadium Darul Aman boleh membenih keyakinan dan persembahan terbaik daripada pasukan kita, Sang Kenari. Salam hormat dan perjuangan,” katanya kepada Harian Metro.

Advertisements

Dalam rekod, anak buah Aidil Sharin Sahak memenangi dua daripada tiga perlawanan terakhir dengan kedudukan keenam pada carta Liga Super dan mengumpul 24 mata. Kedah juga perlu mencari tiga mata lagi untuk kembali berada dalam kelompok lima pasukan teratas liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram