Pemilik Baru Kedah Luah Perasaan
Dunia
Dr Mohd Daud Bakar
Advertisements

Pemilik baru Kedah Darul Aman FC, Tan Sri Dr. Daud Bakar meluahkan perasaan bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang pemain bola sepak.

Beliau yang turut serta beraksi di dalam satu perlawanan persahabatan antara Legend Kedah bertemu Sinar Super lawak di Stadium Darul Aman semalam telah berkongsi sedikit pengalaman sebelum bermain. 

Tan Sri pada mulanya menzahirkan rasa sangat gementar untuk beraksi memandangkan beliau tiada persediaan dan bermain di mana-mana saingan sebelum menyertai perlawanan persahabatan ini. 

Advertisements

Mengambil perkara itu sebagai satu cabaran beliau terus bersetuju untuk bermain dengan menyediakan sedikit ketahanan fizikal dan kemahiran. Namun, beliau akui ini semua tidak cukup untuk beraksi sepenuhnya di dalam padang.

“Pihak Sinar minta saya bermain sekali. Memang hati seronok nak bermain dengan veteran Kedah. Tapi dalam sudut hati, rasa takut & cuak amat sangat. Saya tidak ada langsung minit permainan dalam mana-mana pertandingan,” katanya.

“Saya bersetuju bermain kerana saya ingin mengambil cabaran. Hidup ini tidak boleh melakukan perkara yang rutin sampai bila-bila. Saya mula turun ke padang bermain bagi menyediakan sedikit ketahanan fizikal & kemahiran. Tetapi ini semua tidak cukup. Pasti.”

Advertisements

“Bila sampai masa saya menyarung jersi dalam bilik persalinan, rasa jantung jatuh tergolek atas tanah. Baru tahu berat bebanan menjadi seorang pemain. Lebih mengerunkan, mereka paksa saya jadi kapten. Saya menyedari ini tanda penghormatan kepada saya. Berat sangat.”

Perkongsian ini telah dimuatnaik oleh pemilik baru Kedah Darul Aman FC di laman sosial Facebook miliknya sebentar tadi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram