Pemilik Chelsea Leka Bermain Telefon Ketika Aksi Sedang Berlangsung
MakanBola
@StokeyyG2
Sponsors

Semalam, perlawanan awal EPL minggu ini menyaksikan Chelsea diikat 0-0 dengan jiran setempat dari London, Fulham. Tetapi apa yang menarik perhatian para penyokong ialah telatah pemilik Blues, Todd Boehly bermain telefon semasa perlawanan.

Walaupun menurunkan pemain-pemain yang dibeli pada pasaran perpindahan Januari lepas termasuk pemain termahal dunia Enzo Fernandez, Blues tampak buntu depan gol lawan. Sementara barisan pertahanan Fulham diterajui penjaga gol Bernd Leno dan kapten Tim Ream pula kental bertahan.

Ad

Agaknya sudah bosan menunggu gol yang tak kunjung tiba, Boehly mula bermain permainan di telefon bimbitnya. Tetapi malangnya, telatahnya itu dirakam oleh lensa kamera televisyen.

Ad

Malu sebaik menyedari perbuatannya dirakam, Boehly terus menyimpan telefon dan kembali menonton perlawanan. Ia berlaku sekitar minit ke-85 atau ke-86 perlawanan.

Ad

Pada akhirnya, kedua-dua pasukan pulang dengan satu mata. Keputusan ini turut meletakkan Chelsea sembilan mata di belakang dua pasukan yang berada di tempat ketiga dan keempat EPL ketika ini, Newcastle United dan Manchester United.

Ad