Advertisement
Peminat Cilik Ini Tangisi Kepergian Lagenda Kedah Baddrol Bakhtiar
Dunia
MakanBola
KDA FC

Menjadi kesayangan seluruh rakyat negeri Kedah adalah merupakan satu kebanggaan dan kejayaan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Itulah yang terjadi kepada pemain lagenda Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar.

Khidmat 16 tahun beliau bersama skuad Hijau Kuning ini semakin hampir ke penghujungnya apabila beliau hampir pasti menamatkan desas-desus perpindahan ke pasukan Sabah FC.

Kini tular di media sosial apabila seorang peminat cilik yang dikenali sebagai Yayan menangis teresak-esak selepas mendapat tahu Baddrol bakal meninggalkan pasukan Kedah.

Baddrol yang mendapat tahu tentang video tersebut membalas dengan mendoakan supaya adik Yayan akan berjaya mewakili Kedah satu hari nanti.

Perpindahan Baddrol dan seorang lagi pemain Kedah, Rizal Ghazali semakin menjadi kenyataan apabila laman sosial instagram kedua-dua pemain dibanjiri dengan ucapan penghargaan dan terima kasih atas jasa dan bakti sepanjang manyarung jersi Hijau Kuning.

Selain mendapatkan Baddrol dan Rizal, beberapa nama besar juga dijangka akan dibawa masuk ke dalam skuad Sabah untuk musim hadapan seperti Irfan Fazail, Khairul Fahmi Che Mat dan beberapa pemain muda untuk menambah kekuatan skuad The Rhinos.

Video penuh adik Yayan ada di sini.