Penalti Asnawi Mangkualam Terbatal, Akaun Instagram Rakan Sepasukannya Diserang
Asia
Photo K League
Advertisements

Pemain asing Ansan Greeners, Anderson Canhoto yang bermain di posisi tengah menjadi mangsa amarah penyokong Indonesia selepas kekalahan Ansan Greeners kepada Gimcheon Sangu. Ini kerana, Canhoto menjadi punca gol penalti yang disempurnakan oleh pemain Timnas Indonesia, Asnawi Mangkualam terbatal.

Setelah ketinggalan 1-0 di babak pertama, Ansan Greeners mendapat peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan di babak akhir perlawanan pada minit ke-90 setelah berlaku pelanggaran di dalam kotak penalti. Namun, gol penalti yang dijaringkan oleh Asnawi yang berposisi sayap kiri terbatal setelah Anderson Cantoho berlari masuk ke dalam kotak penalti sebelum bola ditendang menyebabkan penalti terpaksa diulang. Namun penalti ulangan tersebut gagal dijaringkan oleh Asnawi setelah ditepis keluar oleh penjaga gol.

Sejurus perlawanan tamat, akaun Instagram Anderson diserang oleh penyokong Indonesia yang menyalahkannya atas pembatalan gol penalti Asnawi tersebut. Tidak tahan dengan cacian oleh penyokong Indonesia, Anderson mengambil langkah mengunci akaun Instagram miliknya setelah komennya dipenuhi dengan amarah rakyat Indonesia.

Advertisements

Tindakan keterlaluan yang dilakukan oleh penyokong Indonesia itu menyebabkan Asnawi terpaksa merayu supaya serangan tersebut dihentikan supaya tidak menjejaskan hubungan baik antara beliau dengan Anderson Canhoto. Malah terdapat juga penyokong yang menyerang akaun rasmi Ansan Greeners.

Saksikan saat-saat penalti Asnawi dibatalkan kerana kesilapan rakan sepasukannya:

https://www.youtube.com/watch?v=2SLDWtY_3t8
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram