Penampilan Bertaraf Tinggi Skuad Hong Kong Curi Tumpuan
Hiburan
FA Hong Kong
Advertisements

Selepas berjaya layak ke Piala Asia 2023 secara merit, skuad kebangsaan Hong Kong memutuskan untuk tampil bergaya bila berangkat ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan Persatuan Bola Sepak Hong Kong (HKFA) pada 27 Disember lalu, pasukan yang diberi jolokan The Dragons itu tampak segak dengan pakaian sut khas.

Barisan 26 pemain ini mengenakan baju kemeja berwarna biru dengan kot putih melengkapkan penampilan mereka.

Advertisements

Bagi yang kurang mengenali barisan anak buah Jorn Andersen itu, pasti ada yang menyangka mereka ialah model antarabangsa.

Untuk rekod, Arab Saudi juga memilih penampilan sama semasa menyertai Piala Dunia 2018 menerusi perkongsian pengguna X, @abearfromSEA.

Mereka mengenakan sut berwarna kelabu dengan tali leher berwarna hijau sebagai pelengkap pakaian mereka bila tiba di Rusia pada 2018.

Advertisements

Menariknya, Harimau Malaya turut memilih pakaian sut dan songkok semasa membuat kemunculan pertama di Sukan Olimpik Munich pada tahun 1972.

Selain tampil memakai sut khas, mereka turut membawa seekor harimau sebagai tanda skuad negara mahu memberi cabaran dalam temasya berprestij itu. Gambar tersebut dikongsikan oleh pengguna X, @Mohddez.

Penampilan ini amat berbeza dengan sesetengah pasukan yang tiba di Qatar sejak semalam. Misalnya, Arab Saudi memilih pakaian trek sebagai pakaian rasmi mereka bila tiba di Qatar.

Advertisements

Penampilan bergaya ini dilihat bersesuaian untuk meraikan kejayaan Hong Kong layak secara merit ke Piala Asia buat kali pertama sejak tahun 1968.

The Dragons ketika ini sedang menjalani latihan di Abu Dhabi, UAE sebagai persiapan ke Piala Asia 2023. Mereka mendapat suntikan moral dengan mengalahkan China 2-1 semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram