Penampilan Comel Neymar Buat Peminat Geli Hati
Hiburan
neymarjr
Advertisements

Bintang kelab Al-Hilal, Neymar baru-baru ini telah dikesan tampil di khalayak dengan penampilan yang sedikit ‘comel’ sekali gus mengundang geli hati kepada peminat beliau.

Baru-baru ini, Neymar pergi ke pesta ulang tahun ke-58 lagenda Brazil, Romario, di mana beberapa hadirin merakam video dan ianya tular di media sosial kerana pemain Brazil itu kelihatan seperti berlebihan berat badan.

Peminat Neymar seakan-akan tidak mempercayai foto dan video yang tular itu kerana pada pendapat mereka, mungkin pakaian yang digunakan oleh Neymar menjadikan bintang Brazil itu nampak kelihatan sedikit gempal.

Advertisements

Neymar kini dalam proses pemulihan dari kecederaan panjang gara-gara Ligamen Krusiat Anterior (ACL) yang diterimanya ketika menyarung jersi Brazil pada Oktober lalu.

Neymar hanya sempat beraksi lima perlawanan untuk Al Hilal sebelum terpaksa berehat panjang kerana kecederaan tersebut.

Ini bukanlah kali pertama Neymar terpaksa menghabiskan masa di tepi padang kerana kecederaan. Jurulatihnya sendiri di Al Hilal, Jorge Jesus, mengakui bahawa dia seorang pemain yang lebih mengutamakan kehidupan peribadi berbanding sukan.

Advertisements

Dua tahun lalu , gambar Neymar yang kelihatan gempal di atas bot begitu hangat diperkatakan sehinggakan dia terpaksa mengeluarkan satu hantaran di media sosial yang mempamerkan perutnya untuk meredakan kritikan terhadap dirinya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram