Penampilan Corbin Ong Cetus Kegusaran
MakanBola
Azri/MakanBola
Sponsors

Menjelang Pestabola Merdeka 2024 pada September depan, penampilan pemain pertahanan kiri, La’Vere Corbin-Ong bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) mula mencetuskan kegusaran.

Pertahanan berusia 33 tahun itu kini dilihat bergelut untuk menembusi kesebelasan utama skuad JDT kendalian Hector Bidoglio.

Ad

Tempatnya di pertahanan kiri acap kali diisi oleh dua pemain import lincah, Oscar Arribas dan Murilo Henrique sekali gus memaksa Corbin disisihkan untuk beberapa perlawanan.

Ad

Bagi saingan Liga Malaysia musim 2024/2025, khidmat Corbin hanya digunakan dua kali sahaja dalam saingan Liga Super manakala tiada penampilan buat Corbin dalam saingan Piala FA.

Manakala Oscar sudah dimainkan dalam 6 perlawanan yang mana ada di antaranya beraksi sebagai sayap kanan bagi mengisi kekosongan Arif Aiman yang mengalami kecederaan.

Ad

Buat Murilo pula, pemain ini diturunkan dalam 5 perlawanan dan kesemuanya di posisi pertahanan kiri.

Ad

Kemenjadian prestasi Oscar Arribas dan Murilo seolah-olah memberi bayangan bahawa posisi pertahanan kiri JDT kini sudah bertukar wajah.

Ad

Pada tahun lalu, Oscar pernah memberitahu media bahawa persaingan di antara dirinya dan Corbin dalam pasukan JDT bukanlah masalah, malah ianya dianggap sebagai persaingan yang sihat.

“Corbin Ong seorang pemain yang sangat bagus. Saya sangat menghormati dan mengagumi beliau.Kami bersaing dengan sihat di kelab dan ia sangat bagus,” jelasnya kepada MakanBola.

Kini berbaki sebulan lebih sebelum ke Pestabola Merdeka 2024, penampilan Corbin sudah pasti ditagih skuad kebangsaan yang kini berada di bawah bimbingan, Pau Marti Vicente.