Nama Selalu Dipanggil, Namun Penampilan Sulung Kalamullah Masih Belum Tiba
Blog
FAM Official
Advertisements

Walaupun namanya kerap dipanggil ke kem Harimau Malaya, namun nama Kalamullah Al-Hafiz kerap kali tersisih semasa hari perlawanan.

Sehingga kini, Kalamullah masih belum membuat sebarang penampilan bersama skuad kebangsaan walaupun mempamerkan aksi terbaik beliau bersama Petaling Jaya City FC (PJ City) sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Jika dilihat perlawanan-perlawanan yang dilalui skuad negara, penjaga gol utama Harimau Malaya lebih terarah kepada dua penjaga gol berpengalaman iaitu penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias dan penjaga gol Selangor FC, Khairulazhan Khalid.

Advertisements

Manakala Kalamullah yang berusia 26 tahun kerap kali menjadi pilihan ketiga pada hari perlawanan. Untuk panggilan skuad kebangsaan kali ini, Kalamullah perlu bersaing dengan seorang lagi penjaga gol iaitu Syihan Hazmi yang kini beraksi bersama Negeri Sembilan FC.

Dijangkakan hanya tiga penjaga gol yang akan dibawa oleh Kim Pan-gon untuk melalui kempen Kelayakan Piala Asia 2023. Ini bermakna daripada empat penjaga gol yang dipanggil, satu nama bakal tersisih.

Untuk musim ini, Kalamullah merekodkan 10 penampilan dan dibolosi 13 gol. Walaupun dibolosi banyak gol, beliau telah merekodkan 2 perlawanan tanpa bolos serta menampilkan aksi berkualiti bersama PJ City yang dibarisi semua pemain lokal.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram