Penang Dah Jumpa Mesin Gol Sebenar
Dunia
Penang Football Club
Advertisements

Walaupun kehilangan penyerang berbisa mereka musim lalu, Lucas Silva yang bakal beraksi bersama Sri Pahang FC, Penang FC kini tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan pengganti yang sesuai. Pengganti yang dimaksudkan ialah penyerang Lubnan, Soony Saad yang dilhat semakin mengancam di hadapan gawang.

Sebelum hadir ke Penang, Soony bukanlah seorang penyerang yang prolifik apabila beliau gagal menjaringkan sebarang gol ketika beraksi di Liga 1 Thailand selain turut gagal menjaringkan gol ketika beraksi bersama Ansan Greeners di Liga 2 Korea.

Namun begitu, Soony telah memberikan peringatan awal buat pemerhati bola sepak di Malaysia apabila beliau berjaya meledak dua gol dalam Piala Harapan 2023. Dua gol yang dijaringkan Soony itu terhasil ketika aksi final berdepan Selangor FC yang mana menyaksikan Penang menang 2-1.

Advertisements

Dalam perlawanan pertama Piala Harapan yang mana membabitkan Penang dan wakil Singapura, Geylang International FC, Soony mempunyai deretan peluang keemasan namun segalanya tidak dapat disudahkan dengan jaringan. Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 4-0 berpihak Penang.

Ketajaman Soony sudah tentu menjadi sandaran Penang menghadapi saingan Liga Super 2023 yang dijangka lebih mencabar. Ramuan taktikal yang dihidangkan jurulatih Penang, Manzoor Azwira juga dilihat sangat ampuh dan bakal memberi saingan sengit kepada semua pasukan Liga Super musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram