Penang FC Miliki Ramuan Sempurna Rebut Slot AFC
Dunia
Instagram: @officialpenangfc
Advertisements

Pasukan di tangga ketiga Liga Super, Penang FC, sedia merebut slot AFC menjelang perlawanan akhir Liga Super musim ini.

Perlawanan ke-22 Liga Super menyaksikan pasukan yang berpangkalan di utara tanah air itu bakal menentang pasukan Terengganu FC di halaman sendiri dalam usaha untuk mengekalkan rentak kemenangan bagi membolehkan pasukan itu layak ke pentas AFC pada musim hadapan.

Namun begitu, Terengganu FC di bawah bimbingan Nafuzi Zain pastinya ingin bangkit daripada kekecewaan yang melanda kem mereka setelah tidak berjaya memenangi tiga perlawanan berturut-turut sehingga menyebabkan mereka terpelosok di tangga keempat dalam liga ketika ini.

Advertisements

Terengganu juga bakal terlepas khidmat penyerang import berbisa, David Da Silva selepas status penyerang itu belum dapat dipastikan.

Sambil itu, Penang FC ingin meneruskan rentetan kemenangan yang berkekalan ini untuk mengakhiri kempen Liga Super kali ini dengan positif bagi memberikan persediaan moral kepada barisan pemain menjelang Piala Malaysia yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Sambil itu, jurulatih pasukan Penang, Thomas Trucha berharap anah buahnya dapat memberikan segalanya untuk menutup kempen cemerlang musim ini.

Advertisements

‘Perlawanan menentang Terengganu pastinya menjadi seperti perlawanan akhir bagi kami. Apa yang paling penting ialah kami akan memberikan segalanya dalam perlawanan ini,’-Jelas Trucha kepada The Star.

Pemain utama pasukan Penang FC juga sedang menikmati prestasi yang amat memberangsangkan terutamanya penyerang import dari Brazil, Casagrande yang telah menjaringkan 11 gol dan mencipta 6 bantuan gol dalam 18 perlawanan.

Bukan itu sahaja, perancang utama merangkap kapten pasukan, Endrick Dos Santos memainkan watak penting apabila menjadi penyumbang bantuan gol terbanyak pasukan dengan 10 bantuan dan 4 gol.

Advertisements

Keampuhan jentera tengah dan kekebalan benteng pertahanan pasukan sememangnya layak diberikan pujian sungguhpun baru sahaja beraksi di Liga Super tahun ini.

Penang FC juga secara amnya telah berjaya mengatasi jangkaan oleh pihak pengurusannya yang hanya menetapkan pasukan untuk sekurang-kurangnya berada dalam kedudukan enam pasukan terbaik dalam liga. Kini, pasukan itu berada pada landasan yang tepat untuk merebut slot AFC bersama dua lagi pasukan iaitu Kedah dan juga Terengganu.

Ini juga secara tidak langsung bakal menjadi pengakhiran yang terbaik buat pasukan itu setelah kali terakhir berada pada kedudukan lima pasukan terbaik adalah pada tahun 2005.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram