Dunia
Penang FC
Advertisements

Setelah lama menanti khabar tentang pelancaran jersi skuad Penang FC bagi musim 2022, akhirnya Penang FC mengumumkan maklumat berkenaan pelancaran jersi terbaharu mereka menerusi laman sosial media rasmi di Facebook dan juga Instagram. Berbaki 2 hari lagi sebelum menjelang perlawanan pertama Liga Super 2022, pengumuman tersebut dilihat menceriakan hati para penyokong Penang FC.

Namun Penang FC mengambil pendekatan berbeza dalam pelancaran jersi mereka musim ini apabila bakal mengumumkan jersi away terlebih dahulu pada 3/3/2022 (Khamis) dan seterusnya barulah jersi home diperkenalkan pada perlawanan pertama mereka di gelanggang sendiri iaitu pada 7/3/2022 (Isnin) dalam satu hantaran mereka di Instagram Penang FC.

pemain penang Penang FC Tampil Kelainan Dalam Pelancaran Jersi Musim 2022
Aksi pemain Penang FC ketika menentang Kedah tempoh hari

Jika Manchester United mengumumkan pemain bintang Raphael Varane di gelanggang sendiri, Stadium Old Trafford dalam perlawanan pertama Liga Premier pada awal musim lalu, Penang FC pula bakal memperkenalkan jersi home baharu mereka di Stadium Bandaraya dalam perlawanan pertama mereka di gelanggang sendiri musim ini.

Advertisements
Gambar dari Facebook Penang FC

Para peminat Penang FC nampaknya perlu memakai jersi musim lalu apabila hadir ke stadium kelak namun dari sudut pandangan positif, tindakan ini mampu menarik lebih ramai para penyokong untuk hadir ke stadium bagi perlawanan di gelanggang sendiri malah pasti sambutan akan lebih hangat ekoran jumlah penyokong yang hadir bakal mencecah ribuan orang.

Turut dipaparkan dalam hantaran tersebut ialah video teaser jersi away Penang FC yang berwarna kuning. Bagi jersi home pula, dikhabarkan bakal diterbangkan khas dari Turki dengan ciri-ciri negeri Pulau Pinang. Malah, pihak Penang FC memberi bayangan kepada penyokong yang bakal hadir ke Stadium Sultan Ibrahim bagi perlawanan hari Jumaat ini akan menerima berita baik yang akan disampaikan pada hari Khamis esok.

Pendekatan yang berbeza ini pastinya menarik perhatian para penyokong Penang FC kelak sekaligus mampu memeriahkan lagi stadium dalam perlawanan menentang Melaka United.

Advertisements

Setakat ini, 9 daripada 12 kelab Liga Super 2022 telah melancarkan jersi musim 2022 masing-masing. Hanya Penang FC dan Sarawak United bakal melancarkan jersi pada 3/3/2022 ini manakala PJ City FC masih belum membuat kenyataan rasmi berkenaan jersi terbaharu mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram