Penang Kalah Lagi, Penyokong Cipta Sijil Pengiktirafan
Dunia
Penang Football Club / Penang Brotherhood
Advertisements

Menang dan kalah adat permainan namun deretan kekalahan yang menimpa pasukan Penang FC jelas sekali mengecewakan hati para penyokong mereka.

Pada aksi Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman semalam, Penang tewas tipis 0-1 kepada pasukan tuan rumah dengan jaringan tunggal dijaringkan oleh penyerang import, Ronald Ngah Wanja.

Walaupun Penang dilihat agresif untuk mencari gol di penghujung perlawanan, namun segalanya serba tidak menjadi buat mereka apabila tiang gol dan ketangkasan penjaga gol Kedah berjaya menafikan jaringan yang cuba dihasilkan pemain Penang.

Advertisements

Kekalahan kepada Kedah itu merupakan kekalahan ketujuh berturut-turut pasukan Penang dalam saingan Liga Super. Rentetan kepada kekalahan itu, penyokong Penang yang dikenali dengan nama Penang Brotherhood mencipta satu sijil khas buat pasukan kesayangan mereka itu.

Sijil itu jelas sekali menggambarkan kekecewaan penyokong Penang selepas pasukan mereka mengekalkan momentum kekalahan demi kekalahan dan diisytihar sebagai pasukan tercorot Liga Super Malaysia 2022.

Sijil itu dimuatnaik dengan kapsyen “Tahniah Penang Football Club. Kekalkan momentum,” coret Penang Brotherhood. Penang kini berada di kedudukan tecorot liga dengan hanya mengumpul 7 mata daripada 17 perlawanan yang dilalui.

Advertisements

Pada musim lepas, Penang dilihat begitu cemerlang apabila menamatkan saingan Liga Super 2021 pada kedudukan ketiga liga dibelakang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pasukan Kedah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram