Penang Nak Selesaikan JDT Dalam 90 Minit
Dunia
Penang FC
Advertisements

Aksi separuh akhir Piala FA Malaysia akan menemukan dua pasukan yang mempunyai nasib berbeza dalam saingan Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini merupakan pendahulu Liga Super dan Penang FC yang kini menghuni tangga tercorot Liga Super.

Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim itu dijangka menjadi perhatian seluruh peminat bola sepak tanah air dan dikhabarkan tiket untuk perlawanan itu sudah habis dijual.

Walaupun kelebihan jelas sekali milik JDT, namun bagi penyerang Penang FC, Hilal El-Helwe beliau merasakan apa sahaja boleh berlaku dalam perlawanan itu nanti.

Advertisements

“Saya sentiasa percaya bahawa segala-galanya boleh berlaku dalam bola sepak walaupun ketika semua pihak tidak berpihak kepada anda. Saya telah melihat kekecewaan yang paling menakjubkan. Dalam permainan seperti ini, kami perlu terus berjuang dan melakukan lebih daripada 100%,” kata El-Helwe.

Hilal dalam masa yang sama percaya dengan persiapan rapi yang sudah diatur oleh pengendali skuad Penang, Dato’ Zainal Abdidin Hassan dan adalah lebih baik untuk mereka menamatkan permainan dalam tempoh 90 minit.

“Jurulatih Zainal (Abidin Hassan) telah memberi taklimat kepada kami semua tentang apa yang perlu kami lakukan dan persiapan mental kami juga sudah baik. Sebaik-baiknya, kami ingin menamatkan permainan dalam masa 90 minit, tetapi kami tahu ianya sangat sukar lebih-lebih lagi JDT beraksi di laman mereka sendiri. Kami mesti bersedia jika perlawanan berlanjutan ke masa tambahan atau pun penalti.’’ jelas El-Helwe kepada The Star.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram