Penangan Kaki Kiri Ajaib Khuzaimi Piee

Khuzaimi Piee Negeri Sembilan Penangan Kaki Kiri Ajaib Khuzaimi Piee
Negeri Sembilan FC

Aksi tertunda pusingan pertama saingan Piala FA semalam menyaksikan pertembungan antara pasukan Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gong Badak itu berkesudahan dengan keputusan Terengganu 2-1 Negeri Sembilan FC

Pertahanan tengah NSFC, Khuzaimi Piee telah diberi kepercayaan oleh pengendali NSFC, K. Devan untuk mengemudi benteng pertahanan Skuad Jang. Walaupun tewas keatas Terengganu FC, pemain yang berusia 28 tahun itu telah menampilkan aksi terpuji sepanjang 90 minit permainan.

Expand player

Dalam perlawanan semalam, pemain yang mesra disapa Jimmy ini menjadi tonik tambahan buat pasukan NSFC di bahagian serangan. Beliau dilihat begitu rajin untuk naik keatas membantu rakan sepasukannya ketika transisi menyerang.

Usaha keras Khuzaimi akhirnya membuahkan hasil apabila beliau berjaya melakukan satu bantuan gol.

Sepakan percuma yang diambil Khuzaimi pada minit ke-35 permainan telah membuka peluang buat NSFC menyamakan kedudukan. Hantaran cantik daripada Khuzaimi akhirnya menatijahkan kepada jaringan.

Hantaran Khuzaimi itu sampai tepat kepada kepala rakan sepasukannya, Omid Nazari. Tandukan sempurna Omid Nazari gagal diselamatkan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli sekaligus memberikan gol pertama buat NSFC.

Walaupun pasukan Negeri Sembilan gagal meraih kemenangan, persembahan yang diberikan Khuzaimi Piee wajar sekali dipuji. Beliau begitu disiplin ketika bertahan dan memberikan seratus peratus komitmen sepanjang permainan.

Negeri Sembilan bakal bertemu Sarawak United bagi aksi LS7 pada 6 Mei depan. Konsistensi yang dipamerkan Khuzaimi pastinya akan terus ditagih dan menjadi sandaran utama di benteng pertahanan Negeri Sembilan.