Pasukan Liga Super, Negeri Sembilan FC mengesahkan usia sebenar pemain import baharu mereka, Anselmo Arruda Da Silva sebenarnya bukanlah berumur 32 tahun.
Beliau yang juga merupakan pemain import ke-4 buat pasukan Jang ditagih untuk menajamkan lagi barisan serangan pasukan bagi menghadapi musim 2023.
Walau bagaimanapun, usia beliau mendapat perhatian ramai selepas pihak pengurusan Negeri Sembilan mengesahkan bahawa pemain tinggi lampai ini sebenarnya sudah berusia 37 tahun.
Bintang yang pernah beraksi bersama beberapa kelab di Malaysia ini selama ini diketahui usianya hanyalah menjangkau 32 tahun menerusi beberapa laman di media sosial sahaja.
Pihak Negeri Sembilan tampil mengemukakan bukti dengan menyatakan bahawa usiantersebut diambil berdasarkan pasport pemain tersebut.
“Kalau admin takdo fakta, admin takdo nak ngengado do tulis sesajo. Osahhh”
“Kito ikut maklumat dalam passport dio. Bukan ikut Wiki atau memano website,” balas kepada Hidayat Abdul Ghani.

Hal ini sudah tentu menimbulkan pelbagai tanda tanya selepas beliau difahamkan layak untuk didaftarkan sebagai pemain naturalisasi apabila lengkap tempoh 5 tahun beraksi di Liga Super.
Casagrande sudah pun meledak 51 secara keseluruhan sejak tiba di Malaysia sekaligus membuktikan antara penyerang paling prolifik di Liga Super.