Pengadil Batalkan Jaringan Ronaldo
MakanBola
Al-Nassr
Sponsors

Aksi Saudi Pro League diteruskan membabitkan pertembungan pasukan Al- Nassr menentang pasukan tuan rumah, Al-Fateh.

Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Abdullah Jalawi menyaksikan jaringan bintang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo telah dibatalkan pengadil.

Ad

Pada minit ke-23 permainan, ledakan sempurna Ronaldo tidak diterima pengadil. Ronaldo telah dikesan berada dalam kedudukan offside.

Ad

Tak henti setakat itu, Ronaldo turut memiliki beberapa peluang terbaik untuk mengegar jaring. Selepas jaringan pertamanya itu dibatalkan pengadil, beliau berjaya melepaskan satu rembatan pada minit ke-34 permainan. Bagaimanapun rembatan tersebut tersasar keluar.

Ad

Selang beberapa minit selepas itu, Ronaldo sekali lagi hadir memberi ancaman kepada benteng pertahanan Al-Fateh. Namun rembatan deras Ronaldo pada minit ke-45 permainan pula terkena palang.

Ad

Ronaldo dilihat cukup kecewa ketika memasuki ke bilik persalinan setelah tamat babak pertama perlawanan.

Keputusan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan seri 1-1 menerusi jaringan C Telo (Al-Fateh) dan Talisca (Al-Nassr).

Babak kedua perlawanan diteruskan dengan penguasaan bola banyak tertumpu kearah pasukan pelawat. Pada minit ke-52 permainan, S. Bendebka menambah duka buat pasukan Al-Nassr apabila beliau berjaya mencatat nama sebagai penjaring.

Selepas jaringan tersebut terhasil, beberapa serangan terus dilancarkan bahagian serangan Al-Nassr sehingga minit-minit akhir. Akhirnya usaha tersebut membuahkan hasil apabila pada minit ke-90 permainan, pengadil memberi sepakan penalti buat pasukan pelawat.

Cristiano Ronaldo menjadi wira pasukan apabila tenang menyempurnakan sepakan penalti tersebut. Jaringan Ronaldo memastikan Al-Nassr berjaya meraih satu mata berharga apabila mencatat keputusan seri 2-2.

Al-Nassr kekal menerajui tangga saingan liga setelah mengharungi 15 perlawanan.