Dunia
Twitter: @beINSPORTUSA
Advertisements

Dalam satu perlawanan bola sepak di sebuah bandar kecil di Copan, Honduras, tindakan seorang pengadil yang mempertahankan diri menggunakan sepucuk pistol tular di media sosial baru-baru ini.

Hal ini terjadi berikutan tindakan luar kawalan penyokong yang dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang dianggap berah sebelah dan tidak menjalankan tugas dengan baik.

Sungguhpun ia hanyalah sebuah perlawanan liga amatur di sana, para penyokong cuba untuk membuat provokasi terhadap pengadil tersebut.

Advertisements

Namun begitu, beliau kelihatan sudah dapat menjangkakan situasi tegang yang bakal terjadi dilihat mempersiapkan diri dengan sepucuk pistol.

Beliau melepaskan beberapa das tembakan ke tanah dengan tujuan meminta para penyokong untuk segera beredar.

pengadill Pengadil Gunakan Pistol Untuk Takutkan Pemain Yang Melawan

Para penyokong yang sedar dengan tindakan pengadil itu memilih untuk tidak menegangkan keadaan dan segera beredar.

Advertisements

Mereka akhirnya akur bahawa ia hanyalah satu perlawanan bola sepak biasa. Malah, mereka pulang dalam keadaan seperti biasa ketika perlawanan-perlawanan sebelumnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram