Pengadil Lari Sambil Gelak
Dunia
youtube: sinija
Advertisements

Tular satu rakaman gelagat pengadil perlawanan antara Wilayah Persekutuan menentang Pulau Pinang menarik perhatian peminat bola sepak.

Menerusi rakaman siaran langsung di Youtube Sinija, salah seorang pegawai atau jurulatih pasukan Wilayah Persekutuan telah mengejar pengadil perlawanan selepas insiden pergaduhan yang berlaku antara pemain.

Sebelum kejadian pengadil dikejar, salah seorang pemain Wilayah persekutuan telah dilayangkan kad merah dan ianya membawa kepada pergaduhan yang besar.

Advertisements

Ianya mungkin berpunca daripada ketidakpuashatian dengan keputusan yang telah dibuat oleh pengadil perlawanan. Namun, perkara sebenar masih belum dapat disahkan lagi.

Gol tunggal pasukan Pulau Pinang dihasilkan menerusi sepakan penalti pada minit ke-38 permainan.

Pulau Pinang berjaya menewaskan Wilayah Persekutuan dengan keputusan 1-0 bagi aksi separuh akhir Sukma 2022 yang telah berlangsung di Stadium UiTM, Shah Alam.

Advertisements

Perlawanan akhir Sukma 2022 menyaksikan Pulau Pinang akan bertemu Terengganu pada Jumaat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram