Pengadil Senang Buat Duit, Layang Dua Kad Merah Untuk Satu ‘Tackle’
Dunia
givemesport
Advertisements

Baru-baru ini, industri bola sepak di England digemparkan dengan keputusan seorang pengadil yang mengadili perlawanan Liga EFL Satu di antara Gillingham dan Fleetwood Town.

Pengadil perlawanan tersebut, James Linington telah melayangkan dua kad merah sekaligus hanya selepas satu terjahan dibuat. Terjahan keras itu dilihat situasi 50/50 dan pertembungan tersebut menyebabkan kedua-dua pemain terbaring menahan kesakitan.

Walaupun pertembungan tersebut seperti situasi 50/50, namun sebaliknya berlaku apabila kedua-dua pemain yang terlibat dalam terjahan itu iaitu penyerang Gillingham, Charlie Kelman dan pemain Fleetwood, Paddy Lane dikenakan kad merah.

Advertisements

Pemain dari kedua-dua pasukan dengan pantas mengerumuni pengadil untuk cuba meyakinkannya bahawa rakan sepasukan mereka tidak bersalah, dan insiden itu menyebabkan pengadil tidak mempunyai pilihan selain memberikan dua kad merah yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Kedua-dua pasukan, Gillingham dan Fleetwood Town sangat mendambakan kemenangan untuk keluar dari zon bawahan Liga EFL Satu. Gillingham berada ditangga ke-20 liga manakala Fleetwood Town berada di tangga ke-21. Mereka hanya dibezakan 3 mata sahaja dari zon penyingkiran.

Persoalannya di sini, adakah pengadil telah membuat keputusan yang tepat dengan melayangkan dua kad merah sekaligus hanya kerana satu pertembungan? Ayuh sama-sama kita nilai dengan menonton video di bawah.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram