Advertisements
Pengadil Sepak Pemain Selangor? Tetapi Penonton Terlihat Sesuatu
Dunia
MakanBola
Unifi

Umum mengetahui pasukan Selangor FC telah layak ke pusingan separuh akhir Piala FA selepas menumbangkan Sabah FC dengan keputusan 2-0 di Stadium Likas semalam.

Namun disebalik kemenangan tersebut ada insiden yang jelas kelihatan di mata penonton semalam. Ianya merupakan insiden yang melibatkan pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri dan pertahanan kiri Selangor, Fazly Mazlan.

Suhaizi telah melayangkan kad kuning kepada Fazly selepas bekas pertahanan JDT itu mengasari kapten pasukan Sabah, Baddrol Bakhtiar.

Selepas kad kuning dilayangkan, kamera menayangkan dengan jelas di mana Suhaizi cuba menyepak kaki Fazly namun Fazly terus berundur dan kembali kepada perlawanan.

Insiden ini mendapat perhatian bekas pengadil, Subkhiddin Mohd Salleh yang memberikan komen mengenenainya. Subkhiddin berpendapat bahawa yang bersalah perlu diadili dengan sewajarnya.

“Saya perhatikan tangan pemain berkenaan terdapat sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku disitu. Biar mereka diadili sebaik-baiknya,” jelas Subkhiddin di laman twitter miliknya.

Namun begitu, ada segelintir peminat bola sepak tanah air yang menyaksikan video tersebut berpendapat bahawa Fazly dikatakan terlebih dahulu memijak kaki Suhaizi namun tidak dapat dirakam oleh kamera.

Walau apa pun tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka selepas ini, pengadil dan pemain perlu lebih tenang apabila berada di atas padang supaya insiden-insiden ini tidak berlaku lagi di masa akan datang.