Advertisement
Pengalaman Bernilai Tinggi Buat Penyokong JDT
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pengalaman yang paling bernilai buat Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana berpeluang menyaksikan secara langsung sesi latihan skuad JDT di Stadium Sultan Ibrahim.

Untuk pengetahuan, penyokong JDT yang mempunyai pemegang pas bermusim sahaja yang terpilih sertai sesi latihan tersebut.

Pastinya momen-momen menarik yang berlaku tidak sama seperti hari perlawanan dan akan menjadi pengalaman yang sentiasa diingati penyokong.

Menurut tinjauan komentar di Facebook JDT, para penyokong sangat menghargai peluang yang dilakukan oleh JDT dan ada juga yang akui menyesal tidak menjadi sebahagian daripada pemegang pas bermusim.

“Tidak boleh jadi ni, bak borang pas bermusim aku nak mohon,” ujar Mr Saifuddin Akil.

“Gembira dapat lihat sesi latihan pasukan JDT kesayangan kita,” ujar Nizam Kojam.

Ianya satu kelainan luar biasa pihak JDT membenarkan pemegang pas bermusim menyaksikan sesi latihan di Stadium.