fbpx

Pengalaman Dominic Tan Di Thailand Ditagih Perkuat Benteng Harimau Malaya

Dominictjj

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Aksi pertahanan tengah negara yang beraksi di Thailand, Dominic Tan Jun Jin dilihat menjadi aset terbaik buat pasukan negara untuk turun berdepan pasukan Uzbekistan malam ini.

Ini merupakan perlawanan persahabatan kedua skuad kendalian Tan Cheng Hoe dalam usaha beliau untuk mencari ramuan terbaik bagi membentuk gandingan mantap. Ia juga bagi memastikan persediaan menjelang kejohanan Piala AFF Suzuki berjalan lancar.

Dominic dilihat sebagai calon terbaik buat pasukan negara ketika ini setelah keputusan Cheng Hoe untuk membawa pertahanan yang beraksi di Liga Thailand itu bakal menjadi tunjang pertahanan negara selain kelibat Irfan Zakaria dan juga kapten pasukan Aidil Zafuan yang beraksi pada perlawanan menentang Jordan tempoh hari.

Namun begitu, impian para peminat untuk melihat aksi pertahanan muda berusia 24 tahun itu membarisi kesebelasan utama pasukan masih belum kesampaian.

Oleh yang demikian, pertemuan menentang Uzbekistan menjadi medan terbaik untuk jurulatih berusia 53 tahun itu menurunkan pemain yang sudah beraksi hampir 3 tahun di negara Gajah Putih itu.

Sungguhpun pada musim ini, Dominic masih belum membuat sebarang penampilan bersama Polis Tero FC, namun pengalamannya beraksi dalam liga yang lebih kompetitif perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

Dengan ketiadaan pertahanan seperti Shahrul Saad yang baru pulih daripada kecederaan selain Dion Cools juga disahkan mengalami kecederaan yang memaksa beliau diketepikan bagi cabaran kali ini.

Dominic yang tidak asing lagi bersama skuad kebangsaan terutamanya di bawah kendalian Cheng Hoe pastinya menjadi taruhan terbaik pasukan dengan misi sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri.