Pengalaman Luas Aidil Zafuan Ditagih Kemudi Benteng Harimau Malaya
Blog
Fam
Advertisements

Nama Aidil Zafuan Abdul Radzak sememangnya tidak perlu lagi untuk diperkenalkan buat peminat-peminat bola sepak tanah air. Di atas kertas, pemain ini merupakan pemain yang paling berpengalaman di dalam skuad kebangsaan.

Berumur 34 tahun dan mengumpul 87 kaps bersama skuad kebangsaan ternyata sudah cukup menggambarkan bahawa pentingnya individu ini mengepalai barisan pertahanan Harimau Malaya.

Bersama Johor Darul Ta’zim musim ini, Aidil turun sebanyak 9 kali dalam saingan Liga Super dan 1 penampilan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Advertisements

Walaupun tidak diturunkan dalam 8 perlawanan terakhir JDT, namun pengalaman luas Aidil di peringkat antarabangsa ternyata ditagih oleh ketua jurulatih Negara, Tan Cheng Hoe bagi membimbing pemain-pemian muda beraksi di pentas tertinggi.

Bagi panggilan kebangsaan kali ini, Aidil dilihat akan bergandingan bersama beberapa pemain baharu di bahagian pertahanan seperti Arif Fadzilah, Quentin Cheng dan pemain yang beraksi untuk Police Tero di Liga Thailand, Dominic Tan.

Skuad Harimau Malaya yang menduduki ranking ke-154 dunia akan berdepan Jordan (ranking 93) dan Uzbekistan (ranking 84) pada Rabu dan 9 Oktober ini dengan kedua-dua aksi itu akan berlangsung di Amman Jordan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram