Pengarah Hubungan Antarabangsa Dortmund Teruja Bertemu JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pengarah Hubungan Antarabangsa dan Komersil, Mr Benedikt Scholz akui teruja dapat bertemu dengan JDT dalam satu aksi persahabatan.

Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, Scholz sudah lama menantikan saat untuk kembali ke bumi Johor setelah kali terakhir berkunjung pada tahun 2015.

“Kami begitu teruja dan gembira dapat kembali semula ke Johor Bahru untuk bertemu rakan lama kami dari Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.”

Advertisements

“Kali terakhir kami bertemu mereka (JDT) adalah pada tahun 2015.”

Beliau juga turut memuji fasiliti yang dimiliki oleh pasukan Harimau Selatan yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Advertisements

“Pasukan kami tidak sabar untuk bermain di Stadium Sultan Ibrahim yang amat canggih dan untuk bertemu dengan peminat dan penyokong kami di Malaysia sekali lagi,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Malah, pihak gergasi Jerman itu juga amat menghargai dan menjaga hubungan akrab yang telah pun terbina antara dua kelab besar ini.

Advertisements

Hal ini telah pun disuarakan oleh Dr Suresh Letchmanan iaitu Pengarah Urusan Borussia Dortmund Asia Pasifik, beliau mahu merasai sebuah lagi pengalaman yang cukup indah di Malaysia.

“Kami amat menghargai jalinan kerjasama dengan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sebab itulah kami amat berbesar hati kerana dapat melangsungkan perlawanan ini sebagai sebahagian daripada JELAJAH ASIA BVB 2022.”

Advertisements

“Kami di BVB juga amat teruja untuk mengulangi kembali perlawanan yang pernah berlangsung pada 2015 dan berharap sebuah pengalaman yang tidak boleh dilupakan dapat dicipta.”

Perlawanan ini dijangka berlangsung pada 28 November di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram