Ads
Piala FA
MFL

Pengeluar bola rasmi final Piala FA, Active Sports telah mengambil tindakan drastik saat akhir untuk menukar logo yang tertera pada bola yang bakal digunakan pada aksi Sabtu nanti.

Advertisements

Dalam satu instastory Active Sports, mereka mengumumkan telah menukar logo pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC dan mengubahnya kepada tulisan sahaja.

Advertisements

Dalam pada itu, pihak Active Sports juga telah memohon maaf atas kekhilafan dan menegaskan mereka cakna dengan sensitiviti penyokong kedua-dua pasukan.

Advertisements
Advertisements

“Kami dari pihak Activesports cakna atas sensitiviti dan memohon akibat kekhilafan (meletakkan logo pada bola). Suara anda penyokong ke-12 sangat penting buat kami yang juga perlukan sokongan anda.

“Jadi inilah bola rasmi perlawanan yang akan digunakan pada final Piala FA nanti. Kami di Activesports berbesar hati atas keprihatinan semua dan berterima kasih atas sokongan anda,” jelas pihak Activesports di Instagram Story.

Advertisements
bola final Piala FA Pengeluar Bola Final Piala FA Ambil Tindakan Drastik Tukar Logo
Penjelasan dari Activesports berkenaan bola final Piala FA.
Advertisements

Final Piala FA pada Sabtu ini bakal menemukan dua seteru utama Liga Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC. Perlawanan yang menjadi tumpuan ramai itu bakal dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu dan dijadualkan berlangsung pada jam 9 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram