Teka-teki mengenai pengganti posisi Bojan Hodak selaku ketua jurulatih KL City akhirnya mencapai kata putus.
Pengendali kelahiran Croatia itu telah membuat satu keputusan yang mengejutkan apabila memutuskan untuk membawa haluan baharu dalam kariernya.
Jurulatih berusia 52 tahun itu akan mengemudi pasukan Liga 1 Indonesia, Persib Bandung yang juga telah memecat pengendali terdahulu.
Perpindahan ini menyaksikan ia menjadi kelab kedua yang dibimbing oleh Hodak di Indonesia apabila sebelum ini pernah mengemudi PSM Makassar pada tahun 2020.
KL City bagaimanapun tidak menunggu lama untuk mengumumkan pengganti kepada Bojan apabila mengesahkan kehadiran jurulatih, Nenad Bacina sebagai pengendali baharu.
Menerusi laporan oleh wartawan Astro Arena, bekas penolong jurulatih KL City itu akan diberi peranan selaku jurulatih baharu The City Boys.
Jurulatih berusia 51 tahun ini merupakan ‘orang kuat’ Hodak selama ini telah bersetuju untuk mengemudi pasukan lamanya untuk mengharungi perjalanan baki separuh musim.
Beliau sebelum ini menjadi Pengarah Pembangunan Bakat bersama kelab Liga Pro Saudi, Al-Fayha.