Pengganti Hydee Agras Sudah Ditemui
Dunia
JOHOR SOUTHERN TIGERS
Advertisements

Juara Liga Super 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengorak langkah yang cukup proaktif apabila membawa masuk seorang pakar analisis bagi menggantikan posisi Hydee Agras.

Individu tersebut difahamkan adalah bekas penganalisis bersama skuad gergasi di La Liga, Rayo Vellecano kini secara rasmi bakal memperkuat JDT bagi musim baharu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman rasmi Johor Southern Tigers, individu yang dikenali sebagai Mattias Garcia memiliki pengalaman yang cukup luas terutamanya bagi menyediakan data-data yang diperlukan oleh kelab.

Advertisements

Beliau akan memainkan peranan selaku ketua unit analisis di JDT berbekalkan pengalaman ketika bersama kelab-kelab seperti Club Atletico Rosario Central, Atletico Morelia dan Quilmes Atletico Club sebelum ini. 

Kemasukan barisan kejurulatihan baharu di samping para pemain yang diumumkan telah membuktikan bahawa JDT serius mahu mencabar kejuaraan di Asia selepas tampil penuh memberangsangkan pada tahun lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram