Pengganti Pape Diakite Sudah Tiba Di Terengganu
Dunia
Sogdiana jizzax
Advertisements

Selepas membawa masuk Sony Norde dan Adisak Kraisorn, Terengganu FC kini dikatakan semakin hampir untuk membawa masuk pemain dari Uzbekistan, Sardor Kulmatov yang kini beraksi untuk Sogdiana Jizzakh bagi menguatkan pasukan menjelang musim 2023.

Berita perpindahan Kulmatov bukanlah sesuatu yang baharu buat peminat skuad ‘Sang Penyu’ apabila sebelum ini pemilik akaun twitter, @_UzbekFootball ada berkongsi mengenai berita tersebut dalam satu ciapan di twitter tersebut.

Dan sebentar tadi, peminat tegar pasukan Terengganu yang dikenali sebagai Piang Shankly mengesahkan bahawa Kulmatov kini sudah tiba di Malaysia bagi menandatangani kontrak bersama Terengganu. Berita ketibaan Kulmatov itu dikongsikan dalam laman twitter rasmi beliau.

Advertisements

Kehadiran Kumatov dijangka akan mengisi kekosongan pemain import Terengganu musim 2022, Pape Diakite yang tidak disambung kontrak. Selain Kumatov, dua pemain import dari Croatia juga dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Kumatov merupakan pemain tonggak yang setia beraksi buat Sogdiana Jizzakh dan beliau tidak pernah berhijrah ke pasukan lain sejak memulakan karier bola sepak profesional. Kulmatov sudah beraksi sebanyak 149 kali bersama Sogdiana dalam semua pertandingan yang disertai kelab gergasi Uzbekistan itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram