Pengurus Sabah Jawab Masa Depan Darren Lok Musim Hadapan
AFC Cup
Sabah FC
Advertisements

Pengurus pasukan Sabah FC, Md Joh bin Wid menjawab berkenaan status penyerang sensasi pasukan, Darren Lok bersama pasukan bagi musim hadapan.

Pemain berusia 32 tahun itu kini menjalani latihan bersama kem kebangsaan setelah membantu The Rhinos untuk menamatkan saingan di tangga ketiga Liga Super 2023.

Masa depan pemain ini terus menjadi persoalan selepas beliau difahamkan menerima beberapa risikan daripada pasukan lain yang menagih ketajamannya di hadapan gawang.

Advertisements

Menerusi satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, penyerang kelahiran England-Malaysia itu difahamkan masih menjadi milik pasukan di bawah bayu itu pada musim hadapan.

Beliau menjelaskan bahawa penyerang sasa itu masih menjadi milik Sabah FC.

“Itu hanyalah spekulasi di luar yang belum sampai kepada pengetahuan kami. Setakat ini pengetahuan kali, Darren Lok masih bersama Sabah FC.”

Advertisements

Pasukan itu bagaimanapun tidak mempunyai peracangan untuk membawa masuk muka baharu bagi menantapkan pasukan bagi musim 2024/25.

Sabah kehilangan 4 tonggak penting musim ini iaitu Baddrol Bakhtiar dan Amri Yahyah (bersara) dengan tiga lain pemain iaitu Rizal Ghazali dan Irfan Zakaria tidak akan kekal bersama pasukan.

Aksi Sabah dan Macarthur akan berlangsung di gelanggang lawan secara satu pusingan (single leg) pada 13 Februari 2024.

Advertisements

Pemenang Separuh Akhir akan berdepan antara satu sama lain dalam pusingan tunggal final zon ASEAN pada 22 Februari 2024 dengan kelab tuan rumah akan ditentukan semasa undian kalah mati kelak.

Darren juga merupakan penjaring ketiga terbanyak di Asia dengan 6 gol pada peringkat kumpulan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram