Pengurusan Baru Perak Sedia Perbaiki Fasiliti Pasukan
Dunia
Sinar Harian
Advertisements

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi menyatakan bahawa beliau bersedia untuk memperbaiki fasiliti pasukan sama seperti yang dilakukan oleh JDT. 

Beliau mengharapkan usaha ini mendapat sokongan oleh pihak berkuasa supaya dapat bersama-sama membawa Perak ke tahap yang lebih tinggi. Selain itu, Abdul Azim juga mahu membuat pusat latihan yang lengkap untuk pasukan. 

Menurut Abdul Azim, padang yang sangat baik akan memberi keselesaan kepada pemain untuk berlatih supaya tidak ada yang tercedera disebabkan keadaan padang yang tidak rata.

Advertisements

“Saya mohon sokongan mereka (pihak berkuasa), bukan sokongan dari segi duit tetapi katakan kita perlu  tanah di mana kita boleh bangunkan stadium. Kos (pembangunan) kami tanggung, bukan kita minta kerajaan negeri naikkan stadium cuma perlukan tanah.”

“Jadi tanah itu kalau ingin dijual atau dipajak harga biar berpatutan kerana duit pasukan tidak mengalir begitu saja,” katanya kepada Bernama.

“Kalau banding dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), stadium mereka hanya untuk JDT saja, jadi kita nak begitu juga kerana padang begitu penting kepada pemain. Jangan kerana padang pemain terseliuh atau patah kaki kerana permukaan yang tak rata,” katanya.

Advertisements

Baru-baru ini, MFL telah mengesahkan Perak FC akan beraksi di Liga Super musim 2023. Selepas diambil alih oleh bekas pengarah teknikal di NFDP, Lim Teong Kim, Perak berkemungkinan akan menjadi antara pasukan yang mampu memberi saingan yang tinggi buat pasukan lain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram