Dunia
Advertisements

Pengurusan tertinggi PDRM memberi jaminan isu tunggakan gaji pemain dan jurulatih pasukan itu akan diselesaikan segera bagi mengelakkan sebarang risiko disingkirkan daripada Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Ia kerana mereka dikatakan berdepan masalah penajaan ketika perlu menyelesaikan jumlah tunggakan gaji yang tinggi.

Difahamkan, ia membabitkan hutang gaji lima bulan, bonus perlawanan dan bonus layak ke Liga Super.

Advertisements
polis Pengurusan PDRM Janji Tidak Akan Terkubur
PDRM perlu menyelesaikan hutang gaji pemain dengan segera

“Kami akan mengadakan mesyuarat EXCO bersama presiden dan saya akan sampaikan apa hasrat pemain dan PFAM (Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia) yang mewakili pemain-pemain terlibat,” kata Penolong Setiausaha PDRM, ASP Mohamad Hafiz Zainal Abidin.

“Kami akan cuba menyelesaikannya dengan keadaan yang harmoni, mengikut kemampuan yang kami ada,” tambahnya lagi.

PDRM antara tiga pasukan yang diberi amaran oleh FAM selain Kelantan dan Melaka United, yang mempunyai isu gaji tertunggak. Sekiranya tidak diselesaikan sehingga penghujung Januari ini, mereka bakal dikenakan hukuman pemotongan tiga mata dan jika terus berdegil, akan disingkirkan daripada Liga Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram