Pengurusan Risiko MFL Selamatkan Perak FC Wajar Diberikan Pujian
Blog
MFL
Advertisements

Pendapat: Langkah Malaysian Football League (MFL) melanjutkan tempoh pemindahan pemilikan Perak FC kepada pemilik baru sebelum ini memberikan kelegaan buat Perak FC untuk terus bernafas.

Walaupun dicemuh oleh segelintir penyokong dan bekas pemain, tindakan MFL ini merupakan pengurusan risiko yang bijak jika diambil kira risiko lebih besar yang perlu dihadapi oleh semua pihak jika Perak FC ditutup sepenuhnya.

Kini Perak dimiliki sepenuhnya oleh gergasi telekomunikasi tanah air, XOX Berhad yang memiliki sumber kewangan yang kukuh disamping pengurusan yang lebih cekap dan terbukti berkesan.

Advertisements

Jika proses pemindahan saham diteruskan sebelum ini tanpa ada sebarang bukti sumber kewangan, Perak berisiko sekali lagi untuk mengalami masalah yang sama berulang kali dan akhirnya yang rugi adalah penyokong Perak sendiri.

Selain itu jika Perak ditutup atau dimansuhkan sepenuhnya tanpa ada talian hayat dan rundingan lanjut, nasib para jurulatih, pemain dan pengurusan sudah tentu terumbang ambing atau boleh dikatakan mereka semua kehilangan pekerjaan sekelip mata menjelang Hari Raya Aidil Fitri.

Sebelum ini Perak FC digembar-gemburkan akan diambil alih oleh JR Resources dari IMC namun difahamkan JR Resources gagal memberikan bukti memiliki sumber kewangan yang kukuh untuk meneruskan legasi Perak.

Advertisements

JR Resources turut dikhabarkan ingin transaksi pemindahan diteruskan dan bakal memberikan bukti kewangan selepas pemindahan pemilikan selesai seperti yang dijelaskan Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Muhammad Yunus Zakariah.

Jika hal seperti ini berlaku, ianya ibarat memperjudikan nasib kepada sesuatu yang belum pasti dan akhirnya pihak kejurulatihan dan para pemain yang akan menerima nasib malang.

Kini Perak dimiliki oleh XOX Berhad dan satu majlis penyerahan rasmi akan diadakan dalam masa terdekat. Perak lega, penyokong lega, Perak bakal bangkit.

Advertisements

Langkah pengurusan risiko MFL bukan langkah popular yang digemari oleh semua pihak namun ia satu jalan paling bertanggungjawab yang berjaya menyelamatkan bola sepak Perak. Langkah ini langkah bijak.

Jika masih ada individu yang bising selepas Perak FC berjaya diselamatkan, maka anda nilailah sendiri yang mana kaca dan yang mana permata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram