Advertising
Penilaian Luar Biasa Dion Cools Hadapi JDT
ACL
MakanBola
Buriram United FC

Pertahanan kental Buriram United, Dion Cools tampil dengan persembahan mengagumkan dan menerima penilaian luar biasa menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Skuad kendalian Osmar Loss melayan kunjungan Harimau Selatan bagi aksi pusingan 16 AFC Champions League Elite (ACLE) di Chang Arena.

Ad

Tampil selaku right wing-back, tonggak berusia 28 tahun itu beraksi cemerlang sepanjang 90 minit permainan dan mencatatkan statistik yang amat mengagumkan.

Ad

Kapten pasukan kebangsaan Malaysia itu merekodkan 59 sentuhan dengan ketepatan hantaran setinggi 89 peratus (34/38) menurut catatan Sofascore.

Beliau turut melakukan dua hantaran kunci, dua hantaran lintang dan satu hantaran jauh sambil melepaskan satu rembatan ke arah gawang JDT.

Ad

Bukan itu sahaja, Cools merekodkan statistik memberangsangkan ketika bertahan memenangi tiga pertarungan bola di atas padang dan tidak melakukan sebarang kesalahan ke atas lawan.

Ad

Bekas pemain Club Brugge ini turut melakukan tiga pengeluaran bola dari kawasan bahaya termasuklah satu pintasan.

Ad

Cools menerima penilaian setinggi 7.1 mata, sedikit lebih rendah berbanding aksi terdahulu ketika menentang JDT pada peringkat kumpulan (7.9).

Untitled design 30 Penilaian Luar Biasa Dion Cools Hadapi JDT

Aksi timbal balik antara kedua-dua pasukan bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada 11 Mac 2024 jam 8 malam.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments