Advertising
Buriram United ‘Tiru’ Pendekatan JDT
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Jaguh Thailand, Buriram United dilihat cuba untuk mengguna pakai pendekatan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Skuad kendalian Osmar Loss bakal bertemu dengan Harimau Selatan bagi aksi pusingan 16 dalam misi untuk ke pentas suku akhir.

Ad

Kedua-dua pasukan dilihat terus membariskan kesebelasan terbaik termasuklah kemunculan beberapa pemain import berstatus besar dalam pasukan.

Ad

Sebelum ini, pemilik Buriram United iaitu Newin Chidchob melaungkan amaran sambil menganggap terdapat perbezaan kualiti antara dua liga.

“Kita boleh beraksi menentang satu sama lain lagi. Tak ada peluang mereka (JDT) terlepas selepas ini. Secara jujurnya, saya boleh katakan bahawa kualiti di Liga Malaysia tidak sama dengan Thailand.

Ad

“Sungguhpun JDT telah mendapatkan ramai pemain import, ia bukanlah sesuatu yang merisaukan saya,” katanya kepada Ball Thai Stand.

Ad

Percaturan sama dilakukan oleh Buriram United dalam aksi ACLE musim ini apabila menurunkan hampir kesemua pemain import dalam kesebelasan utama.

Ad

Thunder Castle telah membariskan 10 pemain import ketika menentang wakil Korea, Gwangju FC dengan Suphanat Mueanta menjadi pemain tempatan tunggal dalam kesebelasan utama.

Malah, aksi Pusingan 16 ACLE menentang JDT di Chang Arena menyaksikan Buriram United mempertaruhkan 10 pemain import dan hanya seorang pemain tempatan.

Keputusan seri 0-0 dilakar oleh kedua-dua pasukan ini menjadi tonik tambahan kepada JDT yang bakal melayan kunjungan Buriram United pada 11 Mac ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments