Peningkatan Prestasi Harimau Malaya Dipantau Rapat FIFA
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Peningkatan prestasi yang dipamerkan oleh Harimau Malaya telah membuka mata Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berikutan aksi memukau pada tahun ini.

Skuad bimbingan Kim Pan-gon berjaya mengubah persepsi lawan terhadap aksi yang dipamerkan selepas berjaya membantu Malaysia untuk berada pada kemuncak prestasi.

FIFA tertarik dengan tiga aspek penting yang berlaku di Malaysia setelah merekodkan 18 daripada 27 kemenangan sejak mengambil alih pasukan kira-kira dua tahun yang lalu.

Advertisements

FIFA juga cuba mendapatkan respon daripada Kim Pan-gon tentang ‘rahsianya’ sehingga mengubah langskap bola sepak Malaysia.

Dua kemenangan di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026 telah membuka mata ramai pihak terutamanya apabila menundukkan pasukan ke-102 dunia, Kyrgyzstan menerusi kebangkitan dramatik dengan keputusan 4-3.

Pengendali berusia 53 tahun itu juga membuka cerita berkenaan pasukannya yang mampu mencatat kemenangan sehingga 66 peratus.

Advertisements

“Perbezaan terbesar ialah kami bertahan dengan lebih aktif. Kami bukan sahaja bertindak balas tetapi bersikap proaktif dalam pertahanan, memaksa pihak lawan melakukan kesilapan. Kami mula bertahan lebih tinggi di atas padang dan sentiasa mencari cara yang lebih baik untuk bermain secara aktif dalam pertahanan.”

“Untuk itu, saya terus mengkaji pasukan di seluruh dunia dengan kaedah pertahanan terbaik. Ramai orang mempunyai tanggapan salah tentang konsep bola sepak proaktif, yang mereka anggap sebagai bola sepak dengan banyak penguasaan.”

Pan-gon bagaimanapun mengakui bahawa bola sepak proaktif bermakna pemain membuat penilaian sendiri tentang situasi dan bermain dengan sewajarnya.

Advertisements

“Pada mulanya, saya memberitahu pemain bahawa jika mereka melihat ruang, mereka tidak perlu takut untuk bergerak ke hadapan dan memanfaatkannya.”

“Saya menekankan kepada mereka bahawa jika mereka terpaksa mengambil risiko, mereka harus membawa mereka lebih jauh ke atas padang. Dengan pertahanan yang aktif itu, kami melepaskan lebih sedikit gol berbanding jika kami undur dan bertahan secara terus.”

“Ini telah mengubah dinamik bola sepak Malaysia. Perubahan ini telah meningkatkan tahap untuk Malaysia, yang saya anggap sebagai jenis tekanan yang baik, jadi saya sangat gembira,” ujarnya.

Advertisements

Malaysia memperoleh tambahan mata FIFA sebanyak +26.1 mata untuk melonjak ke kedudukan 130 dunia selain menjadi pasukan ke-3 terbaik dunia dengan pungutan mata tertinggi tempoh hari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram